Pages

Sunday, October 26, 2008

Kerajaan Belum Bincang Sama Ada Hendak Teruskan Pembelian Helikopter

KUALA LUMPUR, 26 Okt-- Kerajaan belum lagi membincangkan sama ada hendak meneruskan atau tidak pembelian helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri berikutan perkembangan ekonomi global semasa.

Perbincangan mengenai perkara itu perlu melibatkan Kementerian Pertahanan dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut satu sumber kerajaan, lagipun urusan pembelian baru di tahap surat hasrat dan surat tawaran belum dikeluarkan kepada mana-mana syarikat.

Katanya laporan news portal The Malaysian Insider hari Ahad yang mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membatalkan pembelian helikopter tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Urusan pembelian atau pembatalan perlu dibincangkan pada banyak peringkat, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan tender antarabangsa.

"Laporan yang disiarkan itu adalah tidak benar sama sekali," menurut sumber kerajaan itu.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini