Pages

Tuesday, September 16, 2008

RINGKAS MALAYSIA

Dalang serangan bom sudah lari ke Malaysia

KOTA BHARU: Polis Thailand percaya lelaki yang mendalangi serangan bom di Sungai Golok yang membunuh dua orang termasuk seorang wartawan Thai, telah melarikan diri dan kini bersembunyi di Malaysia.

Pemangku ketua polis Sungai Golok, Encik Nantadeach Yoinual, percaya dia ketua kumpulan pemisah, Ronda Kumpulan Kecil.

Menurut beliau, lelaki itu menyeberang masuk ke Kelantan selepas serangan bom yang turut mencederakan 30 orang termasuk ketua polis Sungai Golok, Kolonel Prabphal Meemongkhol. -- NST.

Parti Sabah bincang masa depan

KOTA KINABALU: Masa depan Parti Maju Sabah (SAPP) dan sama ada ia akan terus berada dalam Barisan Nasional (BN) atau menyertai Pakatan Rakyat (PR) akan dibincangkan Rabu ini dalam satu mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

'Kami akan membincangkan perkara itu dan menghuraikan sebarang keraguan berhubung status SAPP,' kata Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, kelmarin.' - NST.

Bapa kandung rogol anak terencat akal

PAPAR: Perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan bapa kandung seorang remaja terencat akal dan abang lelaki berkenaan, dipercayai merogol gadis itu sejak dua tahun lalu terbongkar kelmarin.

Remaja 13 tahun itu mendakwa bapa kandung dan bapa saudaranya merogolnya sejak beliau berusia 11 tahun di rumah mereka, masing-masing di kampung berbeza di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Timbalan Superintenden Zaidi Zakaria, berkata perbuatan itu terbongkar apabila remaja itu mengadu kepada ibu saudaranya, bapa kandungnya merogolnya. -- BMM.

Pesawat buat pendaratan cemas

MIRI: Sebuah pesawat ringan jenis Twin Otter milik anak syarikat Penerbangan Malaysia, MasWings, terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan sawah padi selepas juruterbangnya tersasar laluan asal di Lapangan Terbang Kecil Ba'kelalan di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian pagi itu, pesawat membawa 12 penumpang dan dua juruterbang dari Lawas, terlajak 50 meter dari laluan asal. -- BMM.

No comments:

Posting Terkini