Pages

Tuesday, September 16, 2008

MUHD TAIB: BAHAGIAN UMNO BEBAS BINCANG ISU PERALIHAN

PEKAN: Semua Bahagian Umno bebas untuk membincangkan soal peralihan kuasa dalam parti kerana mereka berhak berbuat begitu, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, kelmarin.

Menurut beliau, terserah kepada pemimpin akar umbi untuk memberi pandangan dan memberi sokongan kepada isu berkenaan.

'Peralihan kuasa antara dua pemimpin kanan sudah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet beberapa bulan dulu,' kata beliau seperti ditukil akhbar Sunday Star semalam.

'Sekarang sudah tiba masanya kita berdepan dengan pemimpin akar umbi untuk meminta sokongan mereka,' kata Tan Sri Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, selepas menyampaikan dividen kepada para pekebun kecil, bagi pihak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tan Sri Muhammad berkata, ramai pemimpin kanan Umno sudah bercakap mengenai isu itu termasuk Datuk Seri Najib yang dilaporkan berkata peralihan kuasa dalam Umno patut diputuskan oleh para perwakilan dalam mesyuarat Bahagian.

Mengenai gesaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, agar Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meletak jawatan, Tan Sri Muhammad berkata itu pendapat peribadi Datuk Zaid.

Di Muar, pengerusi Umno Bahagian Bandar A, Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman, berkata menteri Kabinet harus meletak jawatan jika mereka tidak setuju dengan tarikh peralihan kuasa.

Menurutnya, Datuk Seri Najib dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, patut diminta meletak jawatan kerana membuat gesaan serupa. -- Sunday Star.

No comments:

Posting Terkini