Jejak kapal selam ceroboh
TOKYO: Tentera laut Jepun menjejaki sebuah kapal selam menceroboh perairannya selama dua jam semalam tetapi terlepas pemantauan dan tidak tahu ia milik negara mana.
Kapal perang Atago mengesan kapal selam itu sekitar 6.56 pagi tetapi ia tidak menaikkan bendera atau timbul ke permukaan laut, sekali gus mencabul undang-undang antarabangsa, kata seorang jurucakap KementerianPertahanan. -- AFP.
Kem gerila Moro ditawan
COTABATO: Askar Filipina, yang disokong pasukan meriam, menawan sebuah pangkalan gerila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Maguindanao, selatan Filipina, menurut laporan semalam.
Kem itu antara yang dikendalikan panglima MILF, Ombra Kato, yang memisah diri daripada pucuk pimpinan MILF bulan lalu dan kini jadi buruan pemerintah. -- AFP.
Perjelas fatwa hukuman mati
RIYADH: Seorang pegawai kanan kehakiman Arab Saudi berkata pemilik rangkaian televisyen satelit yang menyiarkan 'rancangan tidak bermoral' patut didakwa, dihukum dan dikenakan hukuman mati jika hukuman tidak menghentikan mereka merosakkan orang ramai.
Sheikh Saleh al- Lihedan, ketua tribunal tertinggi Saudi, berkata begitu semasa menjelaskan fatwanya minggu lalu bahawa dibenarkan bunuh pemilik rangkaian televisyen satelit yang menyiarkan rancangan tidak senonoh. -- AFP.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment