Pages

Wednesday, March 13, 2013

Kerna rasuah dan penyelewengan kerajaan BN, Hospital gagal beroperasi


hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini
LAWAS 13 Mac: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menjelaskan status pembinaan hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kerajaan pada April 2011 mengumumkan peruntukan RM121 juta untuk membina hospital berkenaan di atas tapak lama Hospital Lawas.
Bagaimanapun, hospital baru itu belum disiapkan sepenuhnya manakala hospital sementara yang disewa kerajaan dengan bayaran RM80,000 sebulan juga gagal beroperasi.
Ekoran itu, kemudahan yang tidak mencukupi di hospital lama di Lawas menyebabkan penduduk mendapatkan rawatan di Hospital Miri yang jaraknya terlalu jauh.

“Ia ternyata menyusahkan mereka kerana jarak antara Lawas ke Miri mengambil masa selama 3 jam dan penerbangan untuk ke sana hanya beberapa kali dalam sehari. Jadi ini memberi risiko kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera,” tegasnya.
Umno BN sebelum ini berjanji membina hospital baru di Lawas bagi menggantikan hospital lama yang dibina pada 1969 dengan kapasiti 76 katil pesakit.
Pembinaan di tapak sama melibatkan kawasan 12 ekar itu dipersetujui dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan dijangka siap dalam masa tiga tahun sejak pembinaannya pada 2011.
Sumber memberitahu, bangunan hospital sementara bagi menampung pesakit pula disewa dari sebuah bangunan kedai empat tingkat dengan bayaran RM80,000 sebulan, sejak tahun yang sama.
status pembinaan hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini.
Selain itu, pembinaan dan kemudahan di hospital sementara itu juga tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.
Dalam pada itu, Yahya turut mempersoal ke mana hilangnya peruntukan hingga menyebabkan terbantutnya pembinaan hospital baru di Lawas.
“Mengapa ia boleh tergendala, ke mana perginya peruntukan sebanyak RM121.6 juta itu? Apakah ia janji tinggal janji seperti kebiasaan dilakukan oleh mereka (Umno BN), hingga menyebabkan pesakit bertambah sakit,” katanya.

No comments:

Posting Terkini