Pages

Friday, September 2, 2011

Kelajuan ambulans di jalan raya akan disiasat


KUALA LUMPUR 2 Sept – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berkata, pada masa ini tiada had laju ditetapkan untuk ambulans yang membawa pesakit ke hospital semasa kecemasan.

Bagaimanapun pihaknya akan menyiasat kejadian kemalangan yang melibatkan ambulans dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum mengadakan sebarang had laju, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis persaraan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Robiah Abdul Ghani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.

Ismail berkata, pihak polis juga akan menyiasat kejadian kemalangan maut yang melibatkan ambulans kelmarin.


Seorang ibu, Norizah Bujang, 62, maut apabila ambulans yang dinaikinya bagi menemani anaknya untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik di Hospital Kuala Pilah terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan di Tampin, Negeri Sembilan.

Pada pertengahan Ogos lepas, pesakit Mariam Baba, 73, seorang mangsa samun maut dan jururawat Yuhanis Yasin, 30, meninggal dunia kerana cedera parah setelah ambulans yang mereka naiki untuk ke Hospital Kuala Lumpur dari Melaka terbalik setelah dirempuh oleh sebuah teksi. – Bernama

No comments:

Posting Terkini