Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk memenangi sokongan golongan muda, muncul sebuah kelab yang dikenali sebagai NRC11 - Kelab Najib Razak.
Dan angka 11 di belakangnya? Ia dikatakan nombor kegemaran perdana menteri!
Ditubuhkan pada bulan April, sasaran demografi aktiviti NRC11
sama sepertimana projek Najib - pengundi muda.
Tetapi mereka yang menyerti acara-acara anjuran kelab ini tidak akan perasaan sebarang unsur politik mengenainya.
Kumpulan belia (kebanyakannya alumni Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire (UKEC) menganjurkan ceramah, melakukan kerja kebajikan, mengambil bahagian dalam pertandingan futsal dan menonton perlawanan sepak bola di restoran mamak.
Menurut lamanwebnya, NRC11 ialah satu inisiatif pergerakan bebas yang bertujuan untuk memupuk semangat dan nilai-nilai aspirasi Najib.
"Pergerakan yang diwujudkan di peringkat akar umbi ini diharap dapat mewujudkan komuniti yang saling menyayangi dan kesatuan majmuk yang lebih utuh.
"Mesej perpaduan bangsa dan Negara dapat disampaikan dengan lebih berkesan bukan melalui saluran pergerakan politik atau retorik gah yang sedia ada tetapi melalui kegiatan komuniti yang positif dan memberi manfaat bersama." Itulah catatan di lamanweb berkenaan.
Menurutnya lagi, NRC11 adalah sebuah kelab yang menjalankan inisiatif membina negara yang memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat.
"Kami percaya nilai-nilai, visi dan cita-cita Najib (Abdul) Razak,
perdana menteri kita, tetapi kita tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Menurut lamanweb itu, kelab tersebut menyokong pelan transformasi perdana menteri dan ia wujud kerana mahu rancangan-rancangan tersebut dilaksanakan.
"Kita tahu bahawa kerajaan tidak sempurna dan adakalanya mereka buat kesilapan dan keputusan yang salah. Dan kita tidak sentiasa bersetuju dengan mereka ... Itulah sebabnya mereka harus tahu apa yang rakyat fikir dan mengapa," katanya.
Saturday, September 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment