Pages

Saturday, September 3, 2011

Gaddafi gesa penyokong teruskan perjuangan


TRIPOLI: Encik Muammar Gaddafi semalam menggesa para penyokongnya supaya terus berjuang sedang para pemimpin dunia membebaskan berbilion dolar aset Libya dalam usaha membantu para pemimpin baru negara itu membina semula negara yang pernah mengalami pemerintahan diktator selama 42 tahun dan perang saudara sejak enam bulan lalu.

'Biarlah ia menjadi satu pertarungan yang berpanjangan. Kami akan bertempur dari tempat ke tempat, bandar ke bandar, lembah ke lembah, gunung ke gunung,' kata Encik Gaddafi dalam satu mesejnya yang disiarkan menerusi sebuah televisyen satelit sempena ulang tahun rampasan kuasa tentera yang meletakkan beliau di tampuk pemerintahan pada 1969.

'Jika Libya terbakar, siapa yang boleh mentadbirnya? Biarkan ia terbakar,' katanya yang berucap dalam persembunyian.

Dalam ulasan yang disiarkan selanjutnya, Encik Gaddafi berikrar akan menghalang eksport minyak, satu ancaman yang mencetuskan kebimbangan mengenai satu pemberontakan ala Iraq.


'Anda tidak akan berupaya mengepam minyak bagi rakyat anda sendiri. Kami tidak akan membenarkan hal ini terjadi,' tegas beliau.

'Bersiap sedialah menghadapi satu perang geng dan perang gerila.'

Di tengah-tengah laporan yang bercanggah mengenai pemimpin berusia 69 tahun yang sedang diburu itu, seorang komander tentera majlis pemerintah Libya yang baru berkata Encik Gaddafi telah melarikan diri ke sebuah bandar padang pasir di selatan ibu kota Libya, salah satu daripada beberapa kubu puaknya yang masih bertahan.

Perancis, Britain and negara-negara Barat yang lain berikrar akan terus memberikan bantuan ketenteraan selagi diperlukan golongan penentang Encik Gadaffi.

Bagaimanapun, mereka menekankan bahawa ketika ini tumpuan lebih diberikan kepada pembangunan semula Libya.

Sementara itu, presiden baru Libya akan dilantik dalam masa 20 bulan ini, kata wakil Majlis Peralihan Negara (NTC) Libya, Encik Guma al-Gamaty, kepada radio BBC semalam. -- Reuters, AFP.

No comments:

Posting Terkini