Pages

Saturday, September 17, 2011

Gabungan Air Asia-MAS: Anwar kesal nasib pekerja diabai


Warta KerajaanRakyat l (Norutul Ilham) PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana penggabungan syarikat penerbangan terbesar negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia, mengabai kebajikan pekerja MAS.
“Pertemuan saya dengan wakil pekerja MAS mengesahkan mereka tidak mempunyai apa-apa maklumat, keterangan dan jaminan masa depan mereka.
“Gambaran yang diberi selama ini bahawa kerugian disebabkan prestasi pekerja seperti yang disebut Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala.
“Benar prestasi mesti diperbaiki tetapi meletakkan beban kerugian kepada pekerja, saya tidak setuju kerana ia tidak adil. Ini usaha memutar belit dan mengaburi mata rakyat.

“Perkara ini mesti dijelaskan. Kebajikan dan pengorbanan pekerja jangan kita abaikan,” katanya selepas bertemu wakil Kesatuan Pekerja MAS di ibu pejabat parti, hari ini.
Pada sidang media itu, Anwar juga bimbang percanggahan kepentingan Tan Sri Tony Fernandes sebagai orang yang memiliki Air Asia dan MAS berikutan penggabungan itu.
Sambil mengulangi kecaman terhadap penggabungan dua syarikat penerbangan terbesar negara itu sebagai tidak telus, beliau berkata:
“Berdasarkan sejarah lalu, terdapat kes MAS yang dihadap ke mahkamah sehingga kerugian berbilion ringgit, proses penyelamatan (bail out), kemudian diulangi proses yang hampir sama.”

1 comment:

Anonymous said...

perkerja mas tak payahlah merungut,tingkatkanlah produktif,kemerosotan pihak mas adalah antara kurangnya prodoktif perkerjanya,jangan ambil hati sebab saya selalu menggunakkan mas dan juga air asia saya dapat membezakkan mana yang terbaik,staf air asia komitmen tinggi,mas acuh tak acuh je kerja,maaf ye staf mas.

Posting Terkini