Saturday, September 17, 2011
12 maut dalam keganasan terbaru di Syria
DAMSYIK 17 Sept. - Pihak keselamatan Syria menembak mati sekurang-kurangnya 12 orang dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara ini, kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
"Empat orang maut manakala 11 cedera di pekan Hilfaya, manakala seorang lagi maut di bandar Hama dan tiga orang terbunuh di perkampungan Sarjeh dan Kfar Weid.
"Tiga orang turut maut di perkampungan Khattab di wilayah Hama dan dua penunjuk perasaan ditembak mati di bandar Homs, manakala seorang lagi di Nahr Aisha turut menerima nasib yang sama," kata kumpulan aktivis tersebut.
Seorang anggota keselamatan turut dilaporkan maut manakala empat yang lain cedera apabila diserang kumpulan bersenjata di Basr al-Harir di wilayah Daraa. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment