Pages

Friday, August 19, 2011

Tempoh pajakan Tanjong Katong Complex dilanjutkan 10 tahun lagi

NOTA: Singapura adalah negara Cina yang dilahirkan oleh pemimpin Umno. KESEMUA empat calon Presiden Singapura berbangsa Cina. Sejarah jelas membuktikan betapa pemimpin-pemimpin Melayu Umno telah mengadai, menjual dan melupuskan hak, khazanah dan kedaulatan Bangsa Melayu.

Singapura: TEMPOH pajakan Tanjong Katong Complex (TKC) bakal dilanjutkan selama 10 tahun lagi apabila ia tamat pada 31 Disember 2012.

Langkah terbaru ini sekali gus menunda rancangan pemerintah merobohkan pusat beli-belah itu bagi memberi laluan kepada pembangunan semula Paya Lebar Central.

Bahkan, Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang menguruskan TKC, bakal menaik taraf pusat beli-belah itu - yang popular dalam kalangan pelanggan Melayu - pada 2013.

Mengumumkan langkah itu semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata ia bagi memastikan perniagaan Melayu kekal di kawasan itu dan berpeluang memasuki pembangunan baru yang dirancang di Geylang Serai kelak secara perlahan-lahan.


Majoriti peniaga di TKC ialah peniaga Melayu/Islam yang menawarkan pelbagai barangan keperluan masyarakat tersebut.

'Apabila pusat komersial baru di sekitar kawasan Geylang Serai siap - meskipun ia tertakluk kepada tender terbuka - kami akan bekerjasama dengan pihak pemaju untuk menggalak perniagaan Melayu memasukinya,' kata Dr Mohamad Maliki.

Peniaga TKC yang dihubungi Berita Harian terkejut, namun menyambut baik berita yang dianggap di luar jangkaan mereka.

Mereka yang rata-rata telah membuat persiapan awal untuk berpindah kini mampu menghela nafas lega.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties (SCP), Encik Hasan Marican, yang merupakan antara penyewa terbesar di TKC, gembira dengan lanjutan itu dan menyifatkannya sebagai rancangan baik pemerintah.

'Bagi pihak semua peniaga TKC, saya teramatlah gembira. Ini berkat Ramadan bagi kami,' kata Encik Hassan yang juga Naib Presiden Persatuan Peniaga TKC.




No comments:

Posting Terkini