Pages

Tuesday, June 14, 2011

Sekilas Dunia


AS pintas kapal Korea Utara
WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat telah memintas sebuah kapal Korea Utara yang disyaki membawa teknologi peluru berpandu ke Myanmar, sebelum memaksa ia berpatah balik selepas beberapa hari, lapor akhbar The New York Times semalam.

Ia dipintas di selatan Shanghai, China, pada 26 Mei lalu.

Pegawai pentadbiran Amerika menyifatkan insiden itu sebagai contoh bagaimana mereka boleh menggunakan kekuatan tentera laut dan tekanan diplomatik bagi menguatkuasa sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara. -- AFP.


Lima suspek ditahanDUBAI: Lima orang ditahan kelmarin kerana disyaki ada kaitan dengan serangan bom yang mencederakan Presiden Yaman, Encik Ali Abdullah Saleh, pada 3 Jun lalu.

Menurut sumber yang dihubungi melalui telefon, kira-kira 50 orang telah disoal siasat setakat ini.

Encik Saleh, yang sedang menghadapi bantahan di negaranya, kini di Arab Saudi bagi rawatan. -- AFP.

Tentera Syria tawan bandarDAMSYIK: Tentera Syria kelmarin menawan bandar Jisr al-Shughur yang menjadi medan utama bantahan, sedang masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.

Televisyen Syria melaporkan tentera kini menguasai Jisr al-Shughur dan askar sedang memburu 'anasir bersenjata' di hutan dan pergunungan berhampiran.

Media rasmi itu turut melaporkan penemuan kubur besar mengandungi mayat 10 ejen keselamatan, yang dipenggal kepala dan dipotong tangan serta kaki. -- AFP.

Kereta api laju Beijing-ShanghaiSHANGHAI: Perkhidmatan kereta api laju menghubungkan Beijing dan Shanghai akan mula beroperasi lewat bulan ini.Naib Menteri Kereta Api, Encik Hu Yadong, berkata semalam tambang perjalanan sehala antara 410 yuan ($78) dengan 1,750 yuan.

Kelajuan kereta api itu antara 250 kilometer dengan 300 kilometer sejam, walaupun ia mempunyai kelajuan maksikum 380 kilometer sejam. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini