Pages

Sunday, May 8, 2011

Utusan Malaysia Berbohong - Gereja Pulau Pinang

GEORGETOWN 8 MEI : Paderi Besar (biskop) Gereja Pulau Pinang, Anthony Selvanayagam berkata tiada sebarang perbincangan untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Beliau juga berkata tiada sebarang konspirasi untuk menjadikan individu yang beragama Kristian sebagai perdan menteri dinegara ini.

Anthony juga berkata, sebagai antara paderi besar dinegara ini, beliau langsung tidak tahu menahu tentang pertemuan yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 7 Mei lalu.


“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebagai biskop, saya pastinya tahu. Ini laporan palsu,” kata Anthony.

Justeru, Anthony berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah keatas akhbar milik UMNO itu.

"Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya,” ujar Anthony.

Anthony yang menjadi paderi besar sejak 1980 turut melahirkan kekesalannya apabila Utusan bertindak melaporkan berita seumpama itu tanpa merujuk kesahihannya terlebih dahulu.
“Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat,” nafinya. 

Tindakan Utusan Malaysia memaparkan artikel bertajuk “Kristian agama rasmi”, dibidas banyak pihak kerana hanya menjadikan 'entri' 2 blogger pro umno, sebagai bahan beritanya dimuka surat hadapan, tanpa sebarang siasatan terlebih dahulu.

Blog- blog itu turut menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang- undang negara untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

DAP petang semalam menolak laporan Utusan Malaysia itu dan menganggap laporan seumpama itu satu pembohongan yang berbahaya kepada negara.
 






No comments:

Posting Terkini