Pages

Monday, May 30, 2011

Skandal Scorpene dibicara di mahkamah terbuka Perancis


KUALA LUMPUR: Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkataKementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkansepanjang perbicaraan tersebut. Menurut Cynthia, pendakwa Perancis telah menyimpulkan siasatan awal dan satu permohonan untuk perbicaraan terbuka  dibuat akhir Mac lalu.
“Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar. Malah, dalam siasatan sebelum ini terdapatpenemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta yang Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.

Justeru, Suaram akan menganjurkan dua program jamuan makan malam bagi mengumpul dana guaman Suaram pada 21 dan 23 Julai di Pulau Pinang danKuala Lumpur.

No comments:

Posting Terkini