Pages

Friday, May 20, 2011

Mujahid setuju untuk jawatan AJK PAS Pusat

PETALING JAYA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa bersetuju dicalonkan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat tapi menolak pencalonan sebagai naib presiden pada pemilihan muktamar parti di Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun depan.
“saya bersetuju menerima pencalonan untuk jawatan AJK PAS Pusat dan selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus berkhidmat untuk parti demi agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengenai jawatan naib presiden, beliau berkata, setelah beristikharah dan memohon supaya keputusan saya adalah yang terbaik di sisi Allah dan manusia dengan ini memaklumkan bahawa saya menarik diri dari pencalonan naib presiden.
“Saya mengharapkan ianya keputusan yang terbaik supaya memberi ruang kepada calon-calon yang lebih berwibawa untuk membawa parti ini melonjak ke hadapan,” tambahnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar merakamkan jutaan terima kasih kepada Kawasan-Kawasan yang telah mencalonkannya dengan sangkaan baik untuk beliau memberi sumbangan kepada parti.
“Menerima pencalonan adalah satu penghargaan namun beban untuk menjalankan tugas jika terpikul adalah satu pertanggungjawaban,” ujar beliau.




No comments:

Posting Terkini