Pages

Friday, April 15, 2011

Sekilas Dunia


PBB digesa adil di Ivory Coast
SANYA (China): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya saksama menghadapi krisis di Ivory Coast, kata Presiden Russia, Encik Dmitry Medvedev, semalam.

PBB harus menjadi orang tengah dan tidak boleh menolong mana-mana pihak, katanya kepada wartawan selepas sidang puncak dengan pemimpin Brazil, India, China and Afrika Selatan (Brics).


PBB menghantar lebih 9,000 askar dan anggota polis ke Ivory Coast dek Presiden Alassane Ouattara dan bekas presiden, Encik Laurent Gbagbo, terlibat dalam pergelutan politik. -- AFP.


Saman bank dek suami matiJAKARTA: Seorang wanita Indonesia mengambil tindakan guaman terhadap satu unit Citigroup setempat selepas suaminya mati setelah disoal pemungut hutang mengenai bil kad kreditnya yang dikeluarkan bank itu.

Cik Esi Ronaldi menuntut pampasan 3 trilion rupiah ($436 juta) bagi kematian suaminya, Encik Irzen Octa, 29 Mac lalu, menurut dokumen yang difail di mahkamah Jakarta Tengah. -- Reuters.


18 tuduhan ke atas Ben AliTUNIS: Pendakwa Tunisia mahu membicarakan presiden yang disingkir, Encik Zine el Abidine Ben Ali, atas 18 tuduhan, termasuk membunuh, berkomplot menentang negara dan mengedar dadah, kata Menteri Keadilan, Encik Lazhar Karoui Chebbi, dalam satu temu ramah televisyen kelmarin.

Ini kali pertama pihak berkuasa diberi senarai penuh dakwaan yang akan dikenakan jika Encik Ben Ali dihantar balik ke negara itu.

Kini ada waran tangkapan antarabangsa ke atas beliau, yang lari ke Arab Saudi. Isterinya, Cik Leila Trabelsi, juga dikehendaki polis. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini