Pages

Monday, April 18, 2011

George Chan kekal Presiden SUPP hingga akhir tahun

KUCHING 18 April — Walaupun telah mengemukakan surat pelepasan jawatan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini, namun Presiden Parti, Tan Sri Dr George Chan dan setiausaha agungnya, Datuk Sim Kheng Hui akan terus memegang jawatan masing-masing hingga akhir tahun ini.

George Chan dan Kheng Hui membuat keputusan itu kerana memenuhi permintaan jawatankuasa kerja pusat (CWC) SUPP agar mereka terus menyandang jawatan masing-masing hingga berlangsungnya persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) parti berkenaan pada akhir tahun ini.


Pada pilihan raya negeri Sabtu lepas, George Chan gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Piasau.

Kheng Hui menyerahkan surat peletakan jawatannya pagi ini berikutan kekalahan paling teruk yang dialami SUPP pada pilihan raya itu.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini, Bendahari Agung SUPP, David Teng berkata, CWC membuat keputusan bahawa dua pemimpin itu perlu terus menyandang jawatan mereka hingga TDC diadakan.

"Setelah dibincangkan, CWC membuat keputusan mereka (Dr Chan dan Sim) perlu terus memegang jawatan masing-masing hingga ke penghujung penggal semasa dan mereka berdua bersetuju mengenainya.

"Kami akan adakan TDC mengikut perlembagaan parti dengan secepat mungkin,” katanya kepada media di sini hari ini. — Bernama

No comments:

Posting Terkini