Pages

Saturday, March 12, 2011

SPR dituntut laksana kempen Pilihan raya Sarawak 14 hari


Warta Kerajaan Rakyat - SARAWAK: Tempoh kempen pilihan raya Sarawak perlu dibuat antara 10 hingga 14 hari kerana banyak lokasi di negeri itu, hanya boleh dilalui jalan sungai dan pengangkutan udara, kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, Nicholas Bawin Anggat.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus faham, Sarawak adalah negeri paling luas di Malaysia dan untuk memasuki satu-satu kawasan, kita memerlukan masa yang banyak.
“Dalam hal ini, bukan setakat parti yang bertanding, malah SPR sendiri turut memerlukan masa yang lebih untuk tiba di satu-satu destinasi,” katanya kepada KeadilanDaily.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dijangka menerima cadangan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang mahu tempoh kempen dipendek kepada tujuh hari berbanding 12 hari sebelum ini

Menganggap kenyataan Fadillah itu  membuktikan BN Sarawak tidak yakin untuk mempertahankan kerajaan negeri, Nicholas turut membandingkan tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) di Merlimau dan Kerdau selama lapan hari.
“Tidak masuk akal tempoh kempen pilihan raya negeri hanya tujuh hari tetapi bagi PRK lapan hari.
Sehubungan itu, Nicholas mendesak hasil pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat dengan Aziz baru-baru ini, diterjemahkan pada pilihan raya negeri akan datang.
Pada pertemuan itu, SPR kononnya turut memberi jaminan untuk akan menimbangkan cadangan pengiraann undi dibuat terlebih dulu sebelum peti undi diterbangkan ke pusat penjumlahan, khususnya di kawasan pedalaman.
“Kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRK DUN Batang Air pada April 2009 berulang lagi,” kata Nicholas.

No comments:

Posting Terkini