Pages

Tuesday, March 1, 2011

PRK Kerdau: Pakatan dakwa SPR berat sebelah

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya nampak dan bertindak ke atas kesalahan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi membisu terhadap Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Mohd Nizam Hamid berkata, SPR mendiamkan diri mengenai penyalahgunaan kuasa oleh BN yang berlaku di merata tempat di Kerdau.
Sebaliknya, kata beliau, Suruhanjaya berkenaan sangat prihatin dengan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
“Bendera dan kain rentang yang ada tulisan Pakatan Rakyat dibuang oleh petugas SPR tetapi pengguna jentera kerajaan oleh BN dibiarkan.

“Tetapi mereka guna pejabat penghulu untuk berkempen, guna bangunan kerajaan SPR diam sahaja. Dalam hal ini, SPR berat sebelah.
Mereka ambil tindakan ke atas pembangkang sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau Ahad ini, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS, Hasanuddin Salim. PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Januari lalu akibat sakit jantung.
Mohd Nizam juga mendakwa, Majlis Belia Negara dan parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) turut membuka bilik gerakan masing-masing sedangkan mereka bukan parti politik.
Sementara itu, beliau berkata, jentera pilihan raya pembangkang telah berjaya memasuki semua kampung yang sebelum ini tidak boleh berbuat demikian. Ia termasuk di Felda Jengka 15 yang barangkali kubu paling kuat Umno di sini.
” Di kawasan Felda pula dalam tinjauan yang dibuat, nampaknya mereka tidak terpengaruh dengan peruntukan RM10 juta yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka Ahad lalu.
“Jika ini benar-benar berlaku, saya optimis PAS berpeluang besar untuk memenangi kerusi Kerdau, Ahad ini,” katanya.

No comments:

Posting Terkini