Warta Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: PAS mempersoalkan langkah kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) terletak di sekitar daerah
Kuantan dan Gebeng didakwa mampu mengundang risiko terhadap tahap kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.
Pusat pemprosesan terbesar di dunia yang menelan belanja RM700 juta bakal dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp.
Malah pusat yang pernah cuba dibina di Bukit Merah, Perak pada sekitar tahun 80-an, namun mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, sisa buangan yang disalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat.
“Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah pada sekitar tahun 1982-1987. Ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti barah, leukemia, cacat malah ada yang meninggal dunia.
Kawasan penempatan awam
Sekarang mereka mahu membinanya pula di Pusat Industri Gebeng, Kuantan, Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung.
“Saya melihat projek seperti ini mengundang risiko yang tinggi kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan taman-taman perumahan.
“Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar didakwa selamat,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Menurut Nasrudin, adalah malang sekali apabila Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat.
Sedangkan beliau mempersoalkan jika proses menapis tanah jarang itu tidak menjejaskan kesihatan, mengapa ia tidak diproses di Perth, Australia.
Beliau turut difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi Dr Jayabalan A Thambyappa pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah dan kurang yakin dengan kenyataan ‘kesan radiasi rendah’.
Dr Jayabalan menyifatkan perkataan rendah itu hanya persepsi sedangkan ia adalah karsinogen (agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup.
“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang (rare earth) ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld, Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth? Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng, Kuantan melepasi 2,500 km jauh jaraknya?,” soal beliau.
Isu ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
Beliau yang mahu bekerjasama dengan pencinta alam sekitar dari Australia dari Green Party Australia untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan agar melihat perkara itu secara mendalam ekoran kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan.
No comments:
Post a Comment