Warta Kerajaan Rakyat - KOTA KINABALU: Konvensyen KEADILAN Sabah bermula hari ini dengan penglibatan delegasi cabang di peringkat negeri yang dihadiri kira-kira 400 perwakilan.
Hadir pada majlis ini ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan KEADILAN pusat dan negeri.
Majlis bermula dengan ucapan pengerusi Penganjur, Datuk James Ghani yang juga merupakan Ketua Cabang KEADILAN Papar.
Anwar Ibrahim berucap sejurus selepas itu menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang dihadapi Malaysia di bawah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Konvensyen kali ini juga dipenuhi dengan tujuh pembentangan kertas kerja dari pimpinan KEADILAN Sabah.
Pertama, pembentangan kertas kerja mengenai Dasar & Pentadbiran Tanah Sabah yang disampaikan Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Kong Hong Ming.
Pembentang kedua, Tan Sri Simon menyampaikan kertas kerja berkaitan Sejarah Pembentukan Negeri Sabah Di Dalam Malaysia.
Pembentang ketiga, Datuk James Ghani menyampaikan kertas kerja bertajuk Sistem Kehakiman & Perhubungan Persekutuan- Negeri.
Dr Chong Eng Leong pula membentangkan kertas kerja mengenai Pembentukan Suruhanjaya Diraja Mengenai Pendatang Tanpa Izin.
Pembentangan kertas kerja dijadual diteruskan oleh S Vanugopal, wakil dari Sabah Law Association manakala Tamrin Jaini pula membentangkan kertas kerja mengenai Autonomi di Sabah.
Kertas kerja terakhir dibentangkan oleh Datuk Karim Ghani bertajuk “A New Deal for Sabah & Ranjau Perjalanan ke Putarajaya.
Di Sebelah petang pula, konvensyen diteruskan dengan perbahasan kertas persidangan oleh panel penceramah terdiri daripada Angkatan Muda, Wanita dan delegasi cabang.
Penggulungan persidangan disampaikan Datuk Kalakau Untol.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula akan menyampaikan ucapan penutup, seterusnya melancarkan Buku Jingga edisi Sabah.
No comments:
Post a Comment