Pages

Saturday, February 5, 2011

Rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura


JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, menegur rakyat negeri itu yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk, terutama di Johor Bahru, yang sering ke Singapura untuk berjudi.

'Pihak kasino (di Singapura) dilihat menyediakan pengangkutan bas pelancongan percuma sehingga ke bandar-bandar kecil seperti Kluang dan Pekan Nenas bagi mengumpan penduduk datang berjudi di kasino negara itu,' katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru, kelmarin.


Beliau menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan tabiat berjudi yang boleh meruntuhkan ekonomi dan institusi keluarga.

Isu judi dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru, Encik Lim Ik Kim, yang berucap sebelum Datuk Abdul Ghani di majlis tersebut.

Beliau menggesa kerajaan negeri supaya mengawal dan memantau penduduk Johor yang pergi ke Singapura untuk berjudi.

'Kami menganggap ini sebagai masalah sosial yang sangat serius kerana sejumlah besar yang terlibat meminjam wang dengan Ah Long untuk menjelaskan hutang judi mereka,' kata Encik Lim. -- Bernama

No comments:

Posting Terkini