Pages

Tuesday, February 22, 2011

Malaysia jadi transit sindiket seludup dadah dari Asia Barat, Afrika


KOTA KINABALU: Malaysia dikesan menjadi transit sindiket penyeludupan dadah, terutama dari rantau Asia Barat dan Afrika berdasarkan jumlah tangkapan hampir setiap hari membabitkan rakyat negara itu, tahun lalu.

Malah, lebih 200 warga Asia Barat dan Afrika, majoritinya dari Iran dan Afrika, ditahan sejak tahun lalu yang turut membabitkan rampasan ratusan kilogram dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata siasatan mendapati mereka menyeludup masuk dadah untuk dijual, manakala sebahagiannya dipercayai dirancang dibawa keluar ke negara lain.


'Polis turut mendapati dadah siap diproses dari Asia Barat lebih berkualiti dan harganya lebih rendah berbanding dadah tempatan. Ia bermakna dadah diseludup masuk dan sudah diproses lebih menguntungkan,' katanya di sini kelmarin.

Hasil pemantauan polis juga mendapati penyeludup turut menggunakan laluan lain termasuk di sempadan bagi membawa masuk dadah dan tidak lagi bergantung kepada pengangkutan udara semata-mata.

'Ada kelainan modus operandi penyeludupan dadah sekarang dan baru-baru ini kami menahan lima ahli sindiket yang cuba menyeludup masuk ganja dari Thailand ke Pulau Pinang.

'Kami turut menyiasat sama ada aktiviti penyeludupan dadah didalangi warga Asia Barat mempunyai rangkaian dengan penyeludup dari negara Afrika kerana ancaman negara Asia Barat mulai berkurangan namun dalang negara Afrika pula berleluasa,' kata Datuk Noor.

'Pada masa sama, dadah yang dibawa masuk ke negara ini dipasarkan ke negara jiran, antaranya Singapura dan Indonesia. Dadah yang diseludup masuk ke negara ini biasanya jenis syabu,' tambah beliau. -- BMM, Metro Ahad.

No comments:

Posting Terkini