Pages

Saturday, December 11, 2010

Sekilas Dunia


Kes bunuh: Askar terlibat


BANGKOK: Anggota tentera Thailand didapati terlibat dalam pembunuhan orang awam semasa tunjuk perasaan di Bangkok beberapa bulan lalu.

Satu laporan siasatan awal menunjukkan bahawa pasukan tentera melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berlindung di dalam sebuah kuil pada 19 Mei lalu.

Tiga daripada enam penunjuk perasaan yang terkorban dikatakan terbunuh ekoran tembakan pihak tentera. -- Reuters.



Bah dijangka tambah buruk

SYDNEY: Banjir di timur Australia yang menyebabkan empat orang terkorban dijangka bertambah buruk minggu depan.

Sekitar 30 daerah telah diisytiharkan sebagai zon bencana di New South Wales sementara lebih 300 penduduk terperangkap di dalam rumah masing-masing.Banjir turut menjejas Victoria dan Queensland. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini