Pages

Monday, December 6, 2010

PR DIDAKWA ‘MENIRU’ KERAJAAN BN

Parti pembangkang mendakwa bahawa mereka pembawa obor perubahan dan pembaharuan serta demokrasi, sebaliknya mereka dilihat cuba meniru dari segi kerjasama yang diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, dari apa yang dilihat, usaha yang dilakukan oleh pembangkang ini tidak akan membuahkan hasil kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama.

Menurutnya, jika dahulu Parti Melayu Semangat 46 yang memainkan peranan sedemikian, kini ia diambil alih Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedangkan sejarah menunjukkan kerjasama sebegini tidak akan berpanjangan kerana matlamat mereka untuk menipu atau menyeleweng rakyat.
“Mereka mendabik dada kononnya sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum, tetapi jauh berbeza. Lihat sahaja PKR daripada tujuh orang kepimpinan tertinggi hanya seorang mewakili kaum Cina, manakala kaum India tidak ada seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.
“Apabila UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepimpinan yang baru, mereka pun tidak sabar nak meniru. Ini menunjukkan apabila kita buat perubahan dan pembaharuan dalam politik yang bersifat dalaman, ia menggerunkan mereka sehingga kelam kabut ingin menciplak.
“Pengajaran yang harus dilihat di sini, kalau ada orang meniru sudah tentu apa yang kita lakukan mempunyai kebenarannya,” katanya pada perasmian Konvensyen BN di Wisma MCA, di sini, semalam.
Najib berkata, PKR tidak mendapat sokongan kerana kepimpinan sebenarnya mewakili kepentingan tertentu bagi mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi, sehingga sanggup memperdayakan rakyat.
Katanya, integriti dan kewibawaan parti itu sebenarnya disangsikan ahli mereka dan ini dapat dilihat apabila ada yang tidak berpuas hati, malah turut membawa pelbagai isu ke mahkamah dan ramai yang keluar parti.
“Lantaran itu amatlah pantas jika PKR dikatakan sebagai Parti Keluar Ramai-ramai. Bagi meraih simpati, presidennya sanggup mengutarakan bahawa Ketua Umum mereka adalah anugerah Tuhan, adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat satu lagi ajaran songsang?
“Hakikatnya, ketiga-tiga parti pembangkang itu mendakwa bersifat pelbagai kaum, sedangkan merekalah parti yang didominasi satu kaum sahaja, mereka bukan pakatan rakyat tetapi hanya pakatan tiga empat kerat rakyat atau tiga empat kepala atau tiga empat orang sahaja,” katanya.
Najib berkata, sistem dalam BN menetapkan setiap parti ada perwakilan sama rata dalam Dewan Tertinggi, tidak kira parti itu besar atau kecil; misalnya UMNO mempunyai perwakilan yang serupa dengan parti komponen lain. ~ Sinar Harian

No comments:

Posting Terkini