KUALA LUMPUR: Pada hari pertama di Parlimen, ahli parlimen bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyeru pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menggunakan alasan konspirasi berikutan dari pendedahan laman web Wikileaks.
"Saya tak tahu samada ia perangkap atau tidak… Bagi saya apa yang penting ialah apabila kita melakukan sesuatu yang salah dan pihak lain mengambil kesempatan untuk memerangkap kita, kita tidak boleh menuduh pihak lain melakukan konspirasi," ujar presiden Perkasa tersebut kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.
Menurut laman web Wikileaks, perutusan kabel sebuah jabatan di Amerika Syarikat bertarikh November 2009 mendedahkan bahawa para pegawai Singapura percaya bahawa Anwar bersalah kerana melakukan liwat.
Pendedahan ini ditulis di dalam satu mesej di antara pihak perisikan Singapura dan agensi Australia yang mendakwa, "Anwar memang telah melakukan perbuatan seperti mana yang dibicarakan."
Ekoran dari pendedahan tersebut, Anwar menuduh pasukan polis dan Cawangan Khas sebagai petualang yang menyebabkan pendedahan tersebut.
Sementara itu, Ibrahim yang berehat selama dua bulan setelah menjalani pembedahan pintasan jantung, menyatakan bahawa beliau tidak terkejut dengan reaksi Anwar.
Beliau turut menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Wikileaks.
"Saya langsung tidak terkejut (dengan Anwar). Kita telah berbincang mengenai beliau selama bertahun lamanya, malah sejak waktu (mantan perdana menteri) (Tun Dr) Mahathir Mohamad sehingga dia dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri," kata Ibrahim.
"Langkah terbaik untuk beliau adalah untuk menyaman (Wikileaks). Saya tidak tahu (bagaimana untuk berbuat sedemikian) dari sudut undang-undang apa, tetapi itulah langkah terbaik untuk beliau.
Ahli parlimen lantang tersebut turut mengkritik kerajaan kerana tidak mengambil tindakan terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee yang juga dikenali sebagai Namewee.
No comments:
Post a Comment