Pages

Wednesday, December 22, 2010

Kerajaan BN Gagal Bayar Elaun Penyelia

Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu.

Demi mencari pengalaman baru dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya.


Setelah bertungkus lumus selama hampir tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos, akhirnya beliau telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis. Lebih manis lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri.

Aidilfitri dan Aidiladha telah pun berlalu namun isteri saya masih belum menerima sebarang bayaran walaupun satu sen. Kini musim kembali ke sekolah telah tiba. Justeru kami sangat berharap pihak berkenaan dapat melangsaikan pembayaran elaun agar kami dapat menampung perbelanjaan di saat yang mendesak ini.

Bela Isteri
Kuala Kangsar, Perak

No comments:

Posting Terkini