Pages

Sunday, December 5, 2010

ISA Boleh Dikenakan Kepada Wan Azizah

hafarizamOleh Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyokong penuh cadangan agar tindakan undang- undang diambil terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berikutan menghina ketuanan Melayu.
Katanya, kenyataan Wan Azizah semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu telah sekali lagi mencabar kedudukan serta hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk ‘entrenched’ yang mana ianya adalah salah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan,” tegasnya dalam wawancara dengan umno-online.com.
Jelasnya, apa yang dikatakan oleh Wan Azizah bahawa ketuanan Melayum harus ‘dibakulsampahkan’ merupakan satu bentuk cabaran secaramkhusus (direct challenge) kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.
“Apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa jua yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, dalam satu kongres yang juga terdiri daripada orang-orang bukan Melayu ianya bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang-orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.
Orang Melayu bangkit pertahankan hak?
“Bagi saya kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang-orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun,” katanya.
Maklumnya lagi, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berkaitan dengan kenyataan Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.
“Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan salah satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutaun iaitu Artikel 152, 153 atau 181.”
Maklumnya, Artikel 152 ialah berkenaan sebagai bahasa Melayu sebagaimbahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hakmkeistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya dari segi permit,mbiasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-raja Melayu.
“Maka dengan ini satu laporan polis yang mengatakan bahawasanya satumkenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawahmseksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948.
“Perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Wan Azizah ialah mengandungi kenyataan bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperti mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya iaitu melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.”
Maklum Hafarizam lagi, perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ini ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi Presidennya.
PKR pupuk semangat kebencian?
“Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini.
“Saya juga menggesa Pendaftar pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawalselia pertubuhan politik dan bukan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR ini diambil tindakan malahan Umno sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebal?”
Katanya lagi, oleh kerana Perdana Menteri telah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan disambut oleh pemimpin-pemimpin daripada badan politik, NGO’s dan juga pakar-pakar perundangan maka beliau menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunapakai.
“ISA perlu dilakukan terhadap pemain-pemain utama dalam PKR, DAP ataupun PAS yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini,” tegasnya lagi.
- MediaUmno

1 comment:

Anonymous said...

Aku pening... apa lagi hak Melayu yang ada sepertimana termaktub dalam artikel 153??

BIasiswa?? Bukankah sekarang ni dah PTPTN malah biasiswa JPA pun 50% orang cina dan india yang dapat..

Sistem Kuota??? Bukankah ianya telah menjadi Meritokrasi??

Bahasa Melayu??? Lupakah orang Melayu bahawa BN telah menggantikannya dengan bahasa Inggeris di sekolah anak-anak kita??

Posting Terkini