ARIEL: Peguamnya berkata berlaku banyak kejanggalan dalam kes penyebaran klip video lucah vokalis itu. -- Foto THE JAKARTA POST |
Peguam Ariel, Encik Boy Afrian Bondjol, berkata polis tidak sepatutnya membiarkan ramai penyebar video itu bebas.
Katanya, berlaku banyak kejanggalan apabila pihak berkuasa hanya menahan seorang lelaki, Redjoy, kerana menyebar rakaman sulit itu. Sebaliknya, ramai penyebar lain tidak dikenakan tindakan.
'Penyebar rakaman video Ariel, Luna Maya dan Cut Tari ke Internet masih bebas,' kata Encik Bondjol, kelmarin. 'Pihak berkuasa ada nama mereka yang disyaki selain Redjoy, seperti Anggit dan lain-lain.'
Pada 23 Julai lalu, tiga mahasiswa yang dikenali hanya sebagai DP, RF dan AE ditahan polis untuk disoal siasat kerana disyaki mempunyai peranan menyebar klip video aksi ranjang Ariel bersama Cut Tari dan Luna.
Mereka dipercayai memuat naik rakaman itu ke Internet dari kawasan Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat.
Polis turut mengenal pasti penyebar pertama video itu - dikenali sebagai A, juga seorang mahasiswa yang disingkirkan - dan menetap di Bandung.
A dipercayai mahir dalam teknologi maklumat walaupun tidak menamatkan sebarang pengajian secara rasmi.
Sehingga kini, status mereka tidak dapat dipastikan dan hanya Redjoy dibicarakan. -- Agensi.
No comments:
Post a Comment