Pages

Tuesday, December 7, 2010

1,000 dijel kerana tonton TV Korea S


SEOUL: Lebih 1,000 rakyat Korea Utara dipenjara kerana menonton secara senyap-senyap filem dan rancangan televisyen Korean Selatan, sedang Pyongyang berusaha membendung budaya asing, kata sebuah kumpulan berpaling tadah berpangkalan di Seoul, semalam.

Perpaduan Intelektual Korea Utara (NKIS) berkata sekitar 1,200 penduduk kini ditahan di penjara bandar Kaechon, barat laut negara itu, kerana kesalahan tersebut.

Ia menukil satu sumber di penjara itu berkata penjara tersebut menampung 3,000 banduan.


Akses kepada budaya pop asing dilarang keras bagi rakyat jelata di Korea Utara. Pesalah dikenakan denda berat atau hukuman penjara.

Tetapi cakera video digital (DVD) dan cakera padat (CD) muzik yang diseludup masuk dari China, sekutu rapat dan rakan kongsi utama Pyongyang, menjadikan budaya pop Korea Selatan semakin popular, kata kumpulan itu menerusi laman web mereka.

'Pegawai penjara berkata ini kali pertama jumlah mereka yang dipenjara semata-mata kerana meninton drama TV Korea Selatan melebihi 1,000 orang.

'Kini penjara penuh sesak dengan tahanan serupa itu,' kata NKIS.

Dengan menukil satu sumber lain, NKIS berkata Pyongyang telah membentuk satu pasukan polis khas pada Januari lalu bagi menumpaskan mereka yang 'semangatnya sudah rosak'.

Mereka yang ditangkap selalunya dipenjara antara dua hingga lima tahun dan mendapat layanan lebih buruk daripada pesalah lain.

Laporan berita dan rakyat Korea Utara yang berpaling tadah berkata meskipun tersisih dan dikawal ketat, Korea Utara tidak terlepas daripada pengaruh budaya pop Korea Selatan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini