Pages

Wednesday, November 10, 2010

BN hanya menang 5 dari 13 PRK

Ahmad Henry

Masih belum terlewat untuk saya jelaskan beberapa fakta menarik di sebalik dua Pilihan Raya Kecil yang berlangsung 4 November lalu. PRK yang saya maksudkan berlangsung di Galas, Kelantan, dan juga di Batu Sapi.


Ramai tidak menyedari, sejak Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2008 lalu, sebanyak 13 siri PRK telah berlangsung ekoran kematian penyandang ADUN atau Ahli Parlimen di kawasan berkenaan. Daripada 13 PRK itu, Barisan nasional selaku peneraju Kerajaan Pusat hanya menang 5 PRK sahaja.

Apabila ditinjau corak kemenangan BN ini, kita akan dapati ia bukanlah sesuatu yang patut diterima oleh sebuah parti perikatan yang kononnya sudah lama berbakti kepada rakyat Malaysia. Tambahan lagi, BN mempunyai ‘talian hayat’ yang sangat kukuh berbanding apa yang ada pada BA (Barisan Alternatif) atau PR (Pakatan Rakyat).


BN mempunyai media rasmi (media taik ayam) yang sangat berkesan untuk membius minda rakyat. Media mereka berhempas-pulas mendedahkan keburukan demi keburukan yang ada pada barisan alternatif. Kemudian menjaja ‘kebaikan’ demi kebaikan yang dilakonkan oleh pihak BN. Ini pastinya bukan satu pertandingan yang adil kerana sejak dulu, pihak pembangkang hanya bergantung kepada media alternatif yang terhad liputannya.

Media taik ayam milik BN ini pula mendapat liputan yang meluas dan diterima oleh kebanyakan Pakcik Makcik di kawasan pedalaman yang memang tidak teringinkan perubahan minda. Pada masa yang sama, cuma sebahagian besar sahaja rakyat marhaen yang memiliki kemudahan untuk megakses media alternatif ini. Faktor inilah yang membantu kemenangan BN.

Jika difikir secara logik, BN sepatutnya menang dalam kesemua PRK tersebut kerana ‘kelengkapan’ mereka lengkap. Tamsilannya, BN umpama seorang tentera Gladiator yang mempunyai perisai, pedang, belati, dan panah. Berlawan dengan budak darjah tiga sekolah tahfiz yang mengidap malaria pula. Tetapi budak tahfiz itu pula yang menang. Sepatutnya tentera Gladiator itulah yang menang. Bukankah ada satu perkara menarik yang kita boleh renung daripada situasi ini.

Dalam pada BN dan para penyokongnya mendakwa bahawa mereka sudah diterima semula, mereka perlu melihat kepada situasi tersebut. Apakah kemenangan itu merupakan kemenangan yang sejati. Atau mereka (pengundi) hanya mahukan kebendaan milik BN? Bukannya perubahan sejati jangka panjang.


Ahmad Henry merupakan penulis buku bertajuk “60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam?”

Ahmad Henry juga menulis dan mengendali laman di pustakaalmanhar

No comments:

Posting Terkini