Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Hari pertama pemilihan pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semalam berjalan dengan suasana hambar apabila kurang 20 peratus dari ahli yang layak mengundi tidak berbuat demikian.
Keadaan tersebut diburukkan lagi oleh kesilapan yang tidak sewajarnya berlaku apabila kertas undi untuk beberapa tempat pengundian terlewat tiba sehingga dua jam.
Manakala pemimpin cabang sudah menang pula didakwa bersikap tidak peduli dan lepas tangan
Menurut satu sumber dalaman parti di salah satu cabang, antara penyumbang keadaan ini ialah sikap pemimpin peringkat cabang yang tidak menitik beratkan kepentingan ahli-ahli mereka untuk memilih pemimpin peringkat pusat.
"Ketua-ketua cabang yang telah menang ini sudah tidak ambil pusing pengundi datang atau tidak. Lainlah ketika memilih pepimpin peringkat cabang tempoh hari, mereka sanggup bersusah payah menyediakan pengangkutan untuk ahli ke tempat pembuangan undi.
"Ini berlaku kerana pada ketika itu, mereka memerlukan undian ahli-ahli parti untuk menang. Sekarang dah menang, ‘tengkuk’ mereka dah lepas, mereka tak ambil peduli lagi pengundian peringkat pusat," kata sumber itu lagi.
Sementara itu di Pasir Mas, pengundian terpaksa ditunda gara-gara kurangnya kepekaan pemimpin cabang tersebut apabila memilih surau sebagai tempat pembuangan undi. Sabotaj?
Dalam pada itu, agen calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Dato Zaid Ibrahim mendakwa wujudnya perbuatan sabotaj apabila kertas undi di empat cabang yang mencalonkan Zaid sebelum ini hanya tiba pada jam 12.00 tengahari.
Berikutan kelewatan tersebut, pengundi-pengundi yang telah menunggu semenjak pukul 10.00 pagi lagi telah meninggalkan tempat pembuangan undi untuk menunaikan Solat Jumaat pada tengaharinya dengan tidak mengundi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini, beliau menolak dakwaan tersebut dengan menyifatkan kelewatan tersebut tidak disengajakan.
Saturday, October 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment