SANDAKAN: Maklum balas orang ramai terhadap kempen-kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen di Batu Sapi ketika ini cukup baik, dan sokongan dilihat berpihakkepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun menurutnya beliau tidak dapat membuat andaian sekiranya pengundi di kedua-dua kawasan itu akan memberi majoriti besar kepada calon BN, dan menurutnya BN masih perlu bekerja lebih keras lagi untuk kedua-dua kawasan berkenaan.
"Jelas rakyat di kedua-dua kawsan pilihan raya mahu BN membantu," katanyakepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam di sini, Sabtu.
Katanya beliau berpendapat ini kerana orang ramai sedar bahawa sekiranyamereka mengundi pembangkang, apa jua kemajuan yang mereka harapkan di kawasan mereka, mungkin tidak ditunaikan.
Hari pengundian kedua-dua pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 4 November ini dengan kerusi Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah, manakala kerusi DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Abdul Aziz Yusof, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.
Saturday, October 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment