Pages

Friday, October 1, 2010

Sekilas Dunia

Rundingan dua Korea berakhir tanpa kemajuan

SEOUL: Korea Selatan dan Korea Utara menamatkan rundingan tentera peringkat kerja yang pertama dalam tempoh dua tahun semalam tanpa sebarang kemajuan.

Tiga pegawai dari setiap pihak berunding selama dua jam di pekan gencatan senjata, Panmunjom.

Pegawai Korea Selatan menggesa rakan sejawatan dari Korea Utara meminta maaf di atas serangan yang menenggelamkan kapal perang Chennan Mac lalu.

Gesaan itu ditolak Korea Utara, dan mereka gagal menetapkan tarikh rundingan selanjutnya. -- Agensi.



Musharraf: Tentera mungkin kudeta

LONDON: Mantan presiden, Encik Pervez Musharraf, memberi amaran semalam bahawa tentera Pakistan mungkin melancarkan satu lagi rampasan kuasa.

Beliau berkata begitu semasa bersiap-siap melancarkan parti politik baru untuk menyertai semula politik Pakistan.

Encik Musharraf berkata panglima tentera, Jeneral Ashfaq Pervez Kayani, mungkin terpaksa campur tangan terhadap pemerintah Presiden Asif Ali Zardari, yang beliau anggap gagal menangani serangan kumpulan militan dan krisis ekonomi.

Beliau menyebut bukti adanya mesyuarat krisis minggu ini antara Jeneral Kayani, Encik Zardari dan Perdana Menteri, Encik Yousuf Raza Gilani. -- AFP.





No comments:

Posting Terkini