Pages

Monday, May 3, 2010

PRU-13: Umno gugur tuntut MIC serah Hulu Selangor

Umno yang menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan kepada parti itu ketika pilihan raya kecil bulan lalu memutuskan tidak akan berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13.

Kata sepakat telah dicapai baru-baru ini dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil 25 April lalu.

Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

“Kami ada mengadakan perbincangan baru-baru ini dan memutuskan agar MIC kekal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti... Umno tidak akan menuntut daripada MIC,” kata seorang pemimpin kanan Umno Hulu Selangor ketika ditemui di Kuala Kubu Baru hari ini.

Kira-kira dua minggu sehingga BN mengumumkan nama bakal calonnya — dua hari sebelum penamaan calon — Umno Selangor dan Umno Hulu Selangor dilaporkan menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan semula kepada Umno untuk bertanding.

Umno telah mula mengemukakan tuntutan ini pada 2008.

Bagaimanapun tuntutan ini rancak ketika pilihan raya kecil selepas calon MIC Datuk G. Palanivel gagal mempertahankan kerusinya pada 8 Mac 2008.

Selain menuntut kerusi itu dikembalikan, Umno Hulu Selangor juga tidak mahu Palanivel diletakkan semula sebagai calonnya pada pilihan raya kecil kali ini.

Menurut Umno bahagian itu pihaknya sedia MIC meletakkan calonnya tetapi dengan syarat bukannya Palanivel.

Bagaimanapun Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menegaskan pada Konvensyen BN Selangor bahawa MIC tetap akan dibolehkan menurunkan calonnya bagi mewakili BN.

Ketika pilihan raya kecil ini kerusi Parlimen Hulu Selangor diberikan nama jolokan sebagai bahagian jati mewakili konsep 1 Malaysia, yang dibawa oleh Najib sejak dilantik Perdana Menteri 3 April 2009.Your last chance to grab a Dell™ Studio 14 laptop at PIKOM PC Fair 2010!


Umno menuntut kerusi ini atas alasan 54 peratus daripada 64,500 pengundi adalah orang Melayu. Baki 26 peratus merupakan orang Cina, India (19 peratus) dan Orang Asli (0.4 peratus).

Pemimpin kanan Umno Selangor itu berkata oleh kerana kerusi ini “benar-benar mewakili” konsep 1 Malaysia, maka ahli-ahli Umno sudah mula semangat tersebut.

“Malah kami juga menerangkan semangat dan konsep ini dan sebab MIC akan dibolehkan tanding lagi di sini,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga merasakan bahawa walaupun pengundi Melayu adalah majoriti, tetapi belum pasti calonnya akan menang jika Umno yang menurunkan wakil mereka.

Umno Hulu Selangor juga katanya, sedar bahawa jika kerusi itu diambil daripada MIC kemungkinan akan ada kalangan mereka yang menyokong pembangkang sebagai undi protes.

“Ini pun kami sedar,” katanya.

BN merampas balik kerusi Hulu Selangor dengan menerima peningkatan sokongan pengundi Melayu dan India manakala undi kaum Cina pula merosot, jauh rendah berbanding pola Mac 2008.

Umno mempunyai wakil di dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri manakala yang satu lagi milik MCA dan MIC memegang kerusi Parlimen.

“Berdasarkan majoriti pengundi, Umno akan memiliki dua kerusi DUN iaitu bersamaan dengan 50 peratus, satu oleh MCA dan Parlimen pula diberikan kepada MIC mewakili baki 50 peratus,” katanya.

No comments:

Posting Terkini