WASHINGTON: Larangan tentera laut Amerika Syarikat ke atas wanita berkhidmat dalam kapal selam berakhir kelmarin.
'Bagi mengekalkan pasukan kapal selam terbaik di dunia, kita perlu merekrut sebanyak mungkin bakat,' kata Naib Laksamana John Donnelly, panglima pasukan kapal selam tentera laut Amerika.
Menurutnya, sehingga 19 pegawai wanita akan memulakan tugas di kapal selam membawa peluru berpandu dan peluru balistik seawalnya 2012. -- AFP.
Kesal empat warga Afgan korban
PARIS: Menteri Pertahanan Perancis, Encik Herver Morin, berkata beliau amat kesal dengan pembunuhan empat penduduk awam Afghanistan dalam operasi tentera Perancis di Lembah Tagab, timur Kabul pada 6 April lalu.
Namun beliau tidak menganggap askar Perancis bersalah. Encik Morin berkata beliau telah menulis surat kepada Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, menyatakan takziah dan rasa kesal yang mendalam. -- AP.
'Tak wajar kejam ke atas pembunuh'
BEIRUT: Para pegawai Lebanon semalam berikrar akan bertindak ke atas penduduk kampung Ketermaya, 25 kilometer ke tenggara Beirut, yang membelasah dan menikam hingga mati seorang lelaki disyaki pembunuh, kemudian menggantung mayatnya dengan cangkuk daging, Khamis lalu.
'Walaupun mereka marah, penduduk kampung tidak boleh bertindak sekejam itu,' kata Menteri Kehakiman, Encik Ibrahim Najjar. -- AFP.
Sunday, May 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment