Pages

Thursday, March 4, 2010

AMK PP Jemput Najib, Khairy

KUALA LUMPUR 4 Mac - Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang hari ini menyerahkan surat jemputan khas Debat Perdana yang akan diadakan pada 7 Mac kepada Presiden dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Surat tersebut diserahkan oleh Ketua Penerangan AMK Pulau Pinag Rizal Abdul Hamid di pejabat Setiausaha Agung Umno di tingkat 38 manakala surat kepada Ketua Pemuda di tingkat 28 Pusat Dagangan Dunia Putra pagi tadi.

Beliau turut diiringi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard serta pimpinan AMK Pulau Pinang.

Debat bertahuk "Isu Melayu - Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi & Kebenaran akan diadakan di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada hari Ahad pukul 9:00 malam.

langkah mengadakan debat tersebut adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh UMNO berhubung isu Melayu di Pulau Pinang.

Debat tersebut akan menemukan Sekretariat Muafakat Pemuda pakatan Rakyat danKetua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahlan, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang Rizal Faris Mohideen serta Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim.

Pada sidang media yang diadakan selepas penyerahan surat jemputan itu CheGuBard berharap jemputan ini diterima agar pemimpin UMNO tahu dan jelas mengenai perkembangan di Pulau Pinang sekarang

"Kita harap mereka yang kita jemput tu akan hadir, selain itu juga wakil dari UMNO yang akan berdebat dengan kita jangan tarik diri kerana rakyat sekarang sedang tunggu apa fakta yang mereka nak cakap.

"Sebelum ini kita telah hantar surat kepada Ketua Pemuda UNMO Pulau Pinang tetapi surat tersebut telah dikoyak oleh mereka semasa sedang media yang mereka lakukan.

"Harap UMNO akan jawap surat jemputan kita jangan diam macam tu je. Kita akan teruskan debat tu walaupun tidak ada wakil daripada UMNO dan kita akan jelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku, kalau UMNO tak hadir biar rakyat yang menilai," sambungnya lagi

No comments:

Posting Terkini