Pages

Wednesday, February 3, 2010

Terbaru dan canggih

Singapura- PUSAT Pameran Changi kembali meriah ekoran kebanjiran tetamu dan deruman enjin pelbagai pesawat terbaru lagi canggih sempena Pameran Udara Singapura yang dirasmikan semalam.

Sekitar 43,000 pelawat termasuk para pemimpin pemerintah, pegawai tinggi tentera dan para eksekutif syarikat penerbangan dijangka menghadiri acara enam hari itu.

Acara gah di Asia itu menarik penyertaan 800 syarikat termasuk 62 daripada 100 syarikat terkemuka dunia, dari 40 negara.

Merasmikan pameran di satu majlis di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Suntec, semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean, menyatakan masa depan industri angkasa Asia adalah cerah. Ini kerana perusahaan angkasa membentuk bahagian penting daripada ekonomi sejagat dan perusahaan itu di Asia dijangka berkembang sejajar dengan pemulihan ekonomi dunia.

'Dengan Asia berada di depan dalam membawa ekonomi dunia keluar daripada kemelesetan dan berkembangnya keperluan bagi pesawat komersial dan pertahanan, kami menjangkakan besarnya peluang-peluang pertumbuhan dalam perusahaan angkasa di rantau ini.

'Pameran Udara Singapura ini adalah platform terbaik bagi menjalin rangkaian dan sebagai persiapan bagi merebut peluang-peluang pada masa depan,' ujar Encik Teo.

No comments:

Posting Terkini