Pages

Sunday, January 17, 2010

Shahidan buat laporan polis berkaitan cadangan wacana Wahabi

KANGAR- Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini, membuat laporan polis berhubung cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk menganjurkan wacana bagi mengupas fahaman Wahabi.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Kangar pukul 3.15 petang.

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) bercadang menganjurkan wacana itu bagi mengupas fahaman Wahabi yang dikatakan mempunyai perbezaan ketara dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengasas Muafakat, Ismail Mina Ahmad berkata, wacana bertemakan "Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyuum" itu akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 24 Januari.

Shahidan yang juga Ketua Umno Bahagian Arau ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu berkata, wacana seumpama itu tidak perlu diadakan kerana ia dibimbangi akan membawa kepada perpecahan umat Islam.

"Wacana yang boleh membawa perpecahan kepada umat Islam tidak sewajarnya diadakan," katanya.-Bernama



No comments:

Posting Terkini