Pages

Wednesday, January 13, 2010

Bahang Pilihanraya Mula Terasa

Ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri sedar bahawa amalan berjabat salam dengan senyuman manis, sekali pada permulaan dan satu lagi di akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang Berhormat bukan lagi modal untuk calon menang.

Rakyat kini dapat menilai Yang Berhormat sama ada benar-benar berkhirmat untuk rakyat atau sebaliknya.

Sejak lanskap politik di Malaysia berubah menerusi keputusan PRU 12, rakyat mula menyaksikan pemimpin dari dua parti sering bersaing memberi perkhidmatan terbaik.

Trend ini didahului Pakatan Rakyat yang menyerlah di PRU 12 sehingga membentuk kerajaan beberapa negeri.

Semangat mereka semarak untuk menerajui negara sebagai kerajaan pusat.

Strategi pilihanraya parti dalam Pakatan Rakyat sudah bermula sejak 9 Mac 2008 untuk memenangi dengan cara mempertahankan dan menawan sebanyak kerusi mencukupi atau melebihi majoriti dari peti undi pada PRU 13 kelak.

Terkini, calon wanita dibenarkan bertanding pilihanraya akan datang. Ia strategi mengukuhkan cengkaman terhadap Putrajaya.

Keputusan ini diumumkan oleh Ketua, Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), setelah mendapat restu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kelantan, memilih 2011 tahun "mood" pilihanraya.

- Detik Komentar, Zubli Zainordin, Pemangku Penolong Editor Penugasan, TVSelangor.com, ringkasnya TVS.

No comments:

Posting Terkini