China 'tawan' sidang ubah iklim
LONDON: China telah 'menawan' sidang perubahan iklim di Copenhagen dengan menghalang satu perjanjian yang mengikat daripada ditandatangani, kata Setiausaha Perubahan Iklim Britain, Encik David Miliband.
Encik Miliband turut mendakwa China menghalang satu perjanjian berkaitan pengurangan gas rumah hijau sejagat. -- AFP.
Pyongyang arah kapal Seoul keluar
SEOUL: Korea Utara semalam memberi amaran kepada kapal perang Korea Selatan supaya keluar daripada sempadan Laut Kuning, dengan berkata bahawa meriam pesisir pantainya akan menjadikan tempat itu sebahagian daripada lokasi latihan menembak.
Seorang komander tentera laut Korea Utara, berkata langkah tersebut adalah sebagai tindak balas kepada provokasi negara selatan itu.
Ketegangan kekal runcing sejak pertembungan tentera laut di Laut Kuning, 10 November lalu, mengakibatkan bot peronda Korea Utara terbakar. -- AFP.
Pengacara minta maaf pada Boyle
WELLINGTON: Seorang penyampai televisyen terkenal di New Zealand terpaksa meminta maaf selepas beliau menyifatkan penyanyi Susan Boyle sebagai 'terencak otak'.
Encik Paul Henry membuat kenyataan tersebut bulan lalu, yang antara lain menyifatkan Boyle sebagai 'tidak menerima cukup oksigen semasa dilahirkan'.
Boyle, 48 tahun, menjadi terkenal di seluruh dunia apabila muncul dalam rancangan Britain's Got Talent pada April lalu. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment