SEOUL: Tujuh rakyat Korea Utara tiba di Korea Selatan selepas menyeberangi Laut Kuning yang dipertikaikan dengan sebuah bot kecil.
Seorang jurucakap Perkhidmatan Risikan Kebangsaan (NIS) berkata, mereka kini disoal siasat sama ada mahu berpaling tadah atau bot mereka secara tidak sengaja hanyut melepasi sempadan laut itu.
Katanya, NIS sedang melakukan siasatan bersama dengan pihak tentera dan polis tetapi tidak memberi butiran lanjut.
Agensi berita Yonhap memetik sumber kerajaan sebagai berkata semua tujuh rakyat Korea Utara itu mahu kembali ke negara mereka.
"Bot kecil mereka hanyut jauh dari Deokjok Island di mana mereka menangkap ikan di Laut Kuning sebelum ditemui dan ditunda di bahagian kita. Mereka menyatakan keinginan untuk pulang," kata sumber itu. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment