Pages

Friday, November 20, 2009

Sekilas Dunia

Pelampau masih aktif di Indonesia

JAKARTA: Ketua antipengganasan Indonesia semalam menggesa diberi lebih banyak kuasa bagi menahan suspek, sambil memberi amaran bahawa pelampau Islam masih aktif meskipun selepas kematian dalang pengganas, Noordin Mohammed Top.

Brigedier Jeneral Saud Usman Nasution, ketua unit elit antipengganasan Detachment 88, berkata Indonesia tidak harus berpuas hati atas pembunuhan Noordin oleh polis September lalu. -- AFP.

Mahu rakyat berambut pendek


SEOUL: Media rasmi Korea Utara menggesa rakyat negara itu agar berambut pendek dan kemas. Akhbar pemerintah Rodong Sinmun Sabtu lalu dipetik agensi berita Korea Selatan, Yonhap News, sebagai berkata rakyat lelaki harus berambut pendek dan wanita harus mengikat rambut kerana ia 'penting bagi menjaga etos gaya hidup kukuh di negara ini'. -- AFP.

Pesalah seks bawah umur berlipat

TAIPEI: Bilangan pesalah seks bawah umur di Taiwan bertambah empat kali ganda sejak lima tahun lalu, dengan pesalah paling muda berusia tujuh tahun, menurut satu laporan kajian semalam.

Tahun lalu, 751 daripada 6,227 pesalah seks berusia di bawah 18 tahun, berbanding 153 orang pada 2005, menurut kajian oleh Dana Taiwan bagi Kanak-Kanak dan Keluarga itu. -- AFP.


No comments:

Posting Terkini