Pages

Monday, November 16, 2009

Sekilas - Dunia

Pengemis makan orang ditahan

MOSCOW: Polis Rusia menahan tiga pengemis yang disyaki memakan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dibunuh sebelum sebahagian dagingnya dijual kepada sebuah kedai kebab.

Ketiga-tiga suspek, yang mempunyai rekod jenayah, disyaki melakukan pembunuhan itu di kawasan hutan di bandar Perm, sekitar 1,400 kilometer ke timur Moscow. -- Reuters.

Hujan, ribut jejas laluan di Britain

LONDON: Hujan lebat dan angin kencang sehingga 100 kilometer sejam menyebabkan banjir dan penutupan jalan yang mengganggu laluan di selatan Britain, kelmarin.

Ramai pemandu terpaksa diselamatkan daripada kenderaan mereka yang dihempap pokok dalam kejadian ribut yang dikatakan terburuk tahun ini.

Hujan lebat turut mengakibatkan berlakunya banjir kilat dan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan. -- AP.

Didakwa gara-gara punggung artis rok

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico mendakwa seorang pemilik sebuah klinik kecantikan tempatan melakukan kecuaian dalam pembedahan mencantikkan punggung penyanyi rok Alejandra Guzman.

Pendakwa raya berkata tuduhan dikenakan ke atas Valentina de Albornoz dan jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara antara empat dengan 13 tahun.

Guzman mendakwa beliau dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti kuman kesan suntikan selepas satu prosedur untuk menjadikan punggungnya lebih cantik. -- AP.

No comments:

Posting Terkini