Pages

Friday, November 20, 2009

Alat ukur tentukan saiz kondom

BANGKOK: Pihak berkuasa kesihatan Thailand akan memperkenalkan satu alat mengukur saiz zakar membantu seseorang lelaki memilih kondom yang sesuai dipakainya, sekaligus membantu mengelak penyakit seksual.

Dr Somyos Kittimankhong daripada Bahagian Pencegahan AIDS, Jabatan Kawalan Penyakit, berkata alat berbentuk pita pakai buang itu akan dilancarkan sempena kempen "Kondom Untuk Semua" anjuran Kementerian Kesihatan Awam.

"Kondom bersaiz besar boleh terlucut justeru menghilangkan syahwat manakala yang bersaiz kecil membuatkan pemakai tidak selesa. Faktor ini menyebabkan orang ramai kurang gemar memakai kondom dan ini boleh mengakibatkan HIV-AIDS merebak," katanya kepada akhbar The Nation.

Dr Somyos berkata, pemakaian kondom dengan saiz yang sesuai akan membantu menangani masalah peningkatan kes HIV-AIDS selain menggalakkan amalan seks selamat di Thailand.

Kerajaan negara itu telah melancarkan kempen memberi kondom secara percuma kepada lelaki dan wanita serta lelaki homoseksual berumur antara 15 dan 25 tahun dengan tumpuan kepada pemakaian kondom yang sesuai. - Bernama

No comments:

Posting Terkini