Pages

Wednesday, October 28, 2009

Sekilas - Dunia

Mungkin pindah dari pantai

SYDNEY: Australia mungkin terpaksa memindahkan penduduk di pesisiran pantai kerana paras air laut meningkat.

Paras air laut di Australia dijangka meningkat lebih 80 sentimeter dalam kurun ini.

Sekitar 80 peratus rakyat Australia tinggal di kawasan pantai, dengan sekitar 711,000 rumah terletak dalam lingkungan tiga kilometer dari laut. -- AFP.

Tidak bantu remaja dirogol

RICHMOND (California): Polis percaya lebih sedozen orang melihat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol beramai-ramai di luar sekolahnya, dan tidak melaporkan kejadian itu.

Seorang suspek ditahan tetapi enam lagi sedang diburu.

Remaja itu dikatakan dirogol, dipukul dan dirompak. -- AP.

Bebaskan pegawai Iran

QUETTA (Pakistan): Pakistan semalam membebaskan 11 pegawai keselamatan Iran yang ditahan atas tuduhan menyeludup masuk menerusi sempadan negara itu, kata polis Pakistan.

Mereka ditahan Isnin lalu selepas memasuki sempadan Pakistan secara tidak sengaja.

Ketika itu mereka dikatakan sedang memburu penyeludup minyak. -- Reuters.

Si kudung curi sebelah kasut

BRUSSELS: Seorang lelaki berkaki satu ditangkap polis selepas mencuri sebelah kasut dari sebuah kedai di Belgium.

Lelaki itu, yang kakinya dipotong, menjadi suspek apabila jurujual mendapati hanya sebelah kasut hilang dari kedai di pekan Maldegem, barat Belgium.

Suspek telah diserah kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. -- AP.

Suntikan bagi disiplin murid

BEIJING: Seorang guru tadika wanita ditahan di wilayah Yunnan selepas didakwa menyuntik lebih 20 kanak-kanak dengan jarum suntikan untuk mendisiplin mereka.

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dikatakan mempunyai lapan kesan suntikan semata-mata kerana enggan tidur.

Ujian bagi jangkitan HIV ke atas kanak-kanak terjejas didapati negatif. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini