Pages

Thursday, October 8, 2009

Sekilas - Dunia

16 terbunuh dalam letupan di luar masjid

FALLUJAH (Iraq): Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh, manakala 30 lagi cedera dalam kejadian letupan kenderaan di luar pekarangan masjid Sunni di bandar Amiriyeh kelmarin.

Insiden ini merupakan serangan kedua terbesar di wilayah Anbar dalam tempoh beberapa hari.

Pada Isnin lalu, serangan pengebom nekad di Haditha, antara kawasan kuat Al-Qaeda, menyebabkan lima orang terbunuh. -- AFP.

Obama janji hapus Al-Qaeda ke akar umbi

MCLEAN (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, kelmarin berjanji akan menghapuskan gerakan Al-Qaeda hingga ke akar umbi dan memastikan Amerika selamat daripada serangan pengganas.

Encik Obama berkata beliau tidak boleh menafikan kemungkinan berlakunya serangan pada masa akan datang tetapi beliau berjanji akan melakukan apa sahaja untuk menghalangnya. -- AFP.

PBB bincang usul bincang jenayah perang di Gaza

NEW YORK (Amerika Syarikat): Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadualkan mengadakan mesyuarat tertutup semalam untuk membincangkan permintaan Libya supaya diadakan sesi tergempar mengenai jenayah perang di Gaza.

Presiden majlis itu, yang juga Duta Vietnam, Encik Le Luong Minh, berkata beliau bersetuju diadakan perbincangan tertutup.

Vietnam kini menduduki kerusi presiden majlis 15 anggota itu.

Pegawai Palestin di PBB menyatakan 'sokongan' kepada usaha Libya itu. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini