Pages

Wednesday, October 7, 2009

Jabatan Meteorologi Malaysia sahkan Malaysia terselamat dari Taufan PARMA kecuali Sabah kena tempias

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini mengesahkan ribut tropika Parma tidak akan melanda perairan Malaysia.

Bagaimanapun Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Nasional JMM, Saw Bun Liong berkata, tempias ribut tropika itu akan dirasai di beberapa kawasan perairan Sabah dengan angin kencang selaju 30 hingga 50 kilometer sejam.

"JMM telah mengeluarkan amaran laut bergelora serta angin kencang sehingga Jumaat ini (9 Oktober)," katanya kepada mStar Online.

Bun Liong berkata, ombak setinggi 3.5 meter turut dijangka berlaku di sekitar perairan Phuket, Samui, Kelantan, Terengganu, Condore, North Reef, Layang-Layang, Wilayah Persekutuan Labuan, bahagian barat Sabah dan Palawan.

Menurutnya, JMM akan memantau perkembangan ribu tropika Parma dan akan mengemaskinikan amaran dari semasa ke semasa menerusi media dan laman web JMM.

Dalam pada itu, Bun Liong berkata, JMM meramalkan Taufan PARMA akan melanda Filipina malam ini.

No comments:

Posting Terkini