Pages

Sunday, September 6, 2009

Wanita Umno mahu calon wanita di Bagan Pinang

KEMAMAN: Pergerakan Wanita Umno meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Naib Ketuanya, Datuk Kamelia Ibrahim, berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas semua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.

"Perlu difikirkan calon wanita, kalau boleh kita naklah mengemukakan calon wanita kerana tujuh pilihan raya kecil (yang ditandingi BN) sebelum ini semuanya calon lelaki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Hidayah di sini hari ini.

No comments:

Posting Terkini