Pages

Friday, September 4, 2009

Keluarga Kartika dicabar

KUALA LUMPUR - Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia mencabar keluarga Kartika Sari Dewi Shukarnor supaya mengemukakan bukti bahawa ibunya, Wan Badariah Meor Abdul Salim, 53, berasal dari keturunan mereka.

Menurut setiausaha persatuan itu, Megat Iskandar Megat Zaharuddin, jika mereka gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga terbabit.

"Tindakan undang-undang dibuat kerana mereka telah mengaitkan susur galur yang diterajui oleh persatuan ini dengan keluarga beliau yang dilihat semata-mata ingin membuktikan 'kerakyatannya' kepada orang ramai,'' katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Memetik laporan akhbar baru-baru ini, keluarga Kartika mendedahkan mereka merupakan keturunan Ngah Ibrahim daripada sebelah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib sementara ibunya, Wan Badariah adalah waris kepada Megat Terawis.

Shukarnor telah bertindak mengeluarkan kenyataan itu setelah mendapati ada segelintir individu termasuk 'cakap-cakap' di laman blog yang mendakwa mereka berasal dari negara jiran.

No comments:

Posting Terkini